Pasukan di Signal komited terhadap misi membangunkan teknologi privasi sumber terbuka yang melindungi kebebasan bersuara dan membolehkan komunikasi global yang selamat. Sumbangan anda memperkuatkan lagi tujuan ini. Tiada iklan. Tiada penjejak. Tiada helah.

Sumbangan anda membantu membayar untuk pembangunan, pelayan dan lebar jalur aplikasi yang digunakan oleh jutaan orang di seluruh dunia untuk komunikasi peribadi dan serta-merta.

Jika anda memberikan e-mel, anda akan menerima pengesahan e-mel untuk rekod cukai anda. Yayasan Teknologi Signal ialah badan amal bebas bukan berasaskan keuntungan dan dikecualikan cukai di bawah seksyen 501c3 Kod Hasil Dalam Negeri. Nombor ID Cukai Persekutuan kami ialah 82-4506840.

Nota: Signal tidak dapat menawarkan lencana jika anda menderma di sini berbanding menggunakan Google Pay atau Apple Pay dalam aplikasi Signal.


Derma Mata Wang Kripto

Derma mata wang kripto kepada Signal diproses melalui The Giving Block .

Jika anda ingin menerima potongan cukai di AS untuk nilai pasaran saksama derma mata wang kripto anda, anda boleh memilih untuk memberikan alamat e-mel untuk menerima resit cukai. The Giving Block juga menyokong derma tanpa nama.